MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG PANCHOR MENERIMA SUMBANGAN MAIK

Cetak

YABrs Dr. Timbalan Yang Dipertua MAIK menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran rumah di Kampung Panchor, Pengkalan Chepa Kelantan pada 21 Mac, 2019. Kebakaran tersebut berlaku pada 16 Mac, 2019 yang telah memusnahkan keseluruhan 4 buah rumah dan semua penghuni tinggal sepinggang. Kebakaran ini  menyebabkan seorang warga emas yang menghidap strok meninggal dunia kerana tidak  dapat diselamatkan.

Sumbangan ini adalah bagi merealisasikan hasrat KDYMM Al-Sultan Kelantan yang sentiasa mengambil tahu kesusahan dan musibah yang menimpa rakyat.

Adalah diharapkan sumbangan yang disampaikan ini dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh empat keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

Tags: