TIGA BERANAK HILANG TEMPAT TINGGAL

Cetak

YABrs Dr. Timbalan Yang Dipertua MAIK menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran rumah di Kampung Padang Bemban, Mahligai, Bachok, Kelantan pada 1 April 2019. Kebakaran tersebut berlaku pada 31 Mac 2019 lebih kurang jam 6.15 petang yang telah memusnahkan keseluruhan 3 buah rumah manakal  sebuah rumah  musnah sebahagian kecil  sahaja. Kebakaran berlaku dipercayai berpunca dari litar pintas.

Sumbangan ini adalah bagi merealisasikan hasrat KDYMM Al-Sultan Kelantan yang sentiasa mengambil tahu kesusahan dan musibah yang menimpa rakyat.

Adalah diharapkan sumbangan yang disampaikan ini dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh empat keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

Tags: