TIGA RUMAH KAYU MUSNAH DALAM KEBAKARAN

Cetak

YABrs Dr. Timbalan Yang Dipertua MAIK menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran rumah di Kampung Wakaf Bharu (Belakang Pejabat Pos) pada 10 April 2019. Kebakaran tersebut berlaku pada 17 Mac 2019 lebih kurang jam 6.30 petang yang telah memusnahkan keseluruhan 3 buah rumah kayu.

Sumbangan ini adalah bagi merealisasikan hasrat KDYMM Al-Sultan Kelantan yang sentiasa mengambil tahu kesusahan rakyat  

Adalah diharapkan sumbangan yang disampaikan ini dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh tiga keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

Tags: