MAJLIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (ANGKASA ) BAGI TAHUN 2018 KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Cetak

08 Ogos 2019 (Isnin) – Satu Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) bagi tahun 2018 kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah berlangsung pada 08 Ogos 2019, jam 10.30 pagi bertempat di Tingkat 4, Bangunan Lama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Penyerahan zakat perniagaan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Hj Mohamad Ali Hasan, Naib Presiden Angkasa kepada Yang Dipertua MAIK, YABrs. Haji Zulkifli Bin Abd. Rahman dengan disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan kedua-dua belah pihak MAIK dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Jumlah zakat perniagaan Angkasa bagi tahun 2018 sebanyak RM101,256.22. Diharapkan semoga Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) ini terus kukuh di tanahair Malaysia ini dengan segala perkhidmatannya diberkati dan semoga bayaran zakat yang dilaksanakan ini mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. Majlis penerimaan cek diakhiri dengan bacaan doa oleh Pegawai Zakat MAIK, YBrs. Encik Ridhwan bin Abdul Rahman.

 

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuff

 

 

 

Tags: