• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Selasa Zulhijjah 21 1441
Rabu Ogos 12 2020

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYERAHAN HARTA PUSAKA BAITULMAL KEPADA PENERIMA BUKAN ISLAM ( KING TIONG HUAT )

Pada 17 September 2019, satu Majlis Penyerahan Harta Pusaka Baitulmal Kepada Waris (Bukan Islam) telah diadakan di Bilik Ketua Pegawai Pembangunan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) oleh Pegawai Baitulmal Ustaz Ameer Azeezy Bin Tuan Abdullah.

Pegawai Baitulmal MAIK memberikan penerangan berkenaan isu berkaitan harta pusaka Abdul Rahman King Bin Abdullah dari aspek syarak Hukum Islam di mana konsep pembahagian harta pusaka terhak sepenuhnya kepada Baitulmal (MAIK) kerana simati tidak mempunyai pewaris kerana bapa simati berlainan agama dan ianya terhalang daripada menjadi pewaris.

Simati meninggalkan sebuah kenderaan iaitu Toyota Vios DBS8221 yang masih dalam pinjaman dengan AmBank Finance yang dibayar secara sempurna sebanyak RM932.00 sebulan oleh bapa simati. Mengikut keputusan Mahkamah Tinggi Syariah pada 11 April 2016, Baitulmal terhak sepenuhnya ke atas harta simati namun MAIK tiada halangan untuk menerima permohonan tuntutan oleh penerima(Bukan Islam).

Pihak MAIK mengharapkan pindah milik ini dapat memperlihatkan keindahan ajaran Islam, disamping menaikkan imej MAIK yang bertoleransi kepada bukan Islam. Adalah diharapkan isu ini perlu dinilai dari semasa ke semasa bagi tujuan tersebut.

 Disediakan Oleh :  Mohd Aslam Bin Md Nawi

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini125
Kelmarin1933
Minggu Ini4081
Bulan Ini20666
Keseluruhan1350297

X