PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA ASNAF OLEH YBM TENGKU TEMENGGONG KELANTAN DAN YM TENGKU PUAN TEMENGGONG KELANTAN

Cetak

YBM Tengku Temenggong Kelantan selaku Penasihat Khas Kepada YTM Tengku Mahkota Kelantan bersama YM Tengku Puan Temenggong Kelantan telah berangkat ke Jajahan Tumpat pada  30 Januari, 2019. untuk Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Mangsa-Mangsa Kebakaran Dan Juga Bantuan Sara Hidup Kepada Asnaf Fakir Miskin. Bantuan ini adalah sebagai tanda kecaknaan dan keperihatinan MAIK di atas musibah yang menimpa mangsa-magsa kebakaran  dan juga kesusahan yang dihadapi oleh asnaf dalam meneruskan kehidupaan seharian mereka. Dengan bantuan ini diharapkan dapatlah meringan sedikit kesusahan yang dihadapi mereka.

Sumbangan ini adalah bagi menyempurnakan titah YTM Tengku Mahkota  Kelantan selaku Yang Dipertua  MAIK yang turut bersimpati di atas kesusahan yang dialami oleh keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

flickr
www.flickr.com
Tags: