• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-15.00 | Thu : 08.00-14.00

A- A A+
faq divider lokasi divider aduan divider peta""


Ahad Zulkaedah 10 1442
Isnin Jun 21 2021

IKLAN JAWATAN KOSONG

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KEKOSONGAN JAWATAN KONTRAK MAIK-TARIKH TUTUP SEBELUM ATAU PADA 28 JANUARI 2021

KEKOSONGAN JAWATAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 2021

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan seperti berikut :

BIL
JAWATAN
GRED
TARAF
BILANGAN KEKOSONGAN
SYARAT KELAYAKAN
1 Pegawai Hal Ehwal Islam (Imam Tua) S41 Kontrak 2 Syarat
2 Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Imam Muda) S29 Kontrak 3 Syarat
3 Pembantu Hal Ehwal Islam S19 Kontrak 3 Syarat
4 Penyelia Asrama N19 Kontrak 1 (lelaki sahaja) Syarat

 

CARA MEMOHON

1)  Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 yang boleh didapati DI SINI  atau mengambil  sendiri di Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat  Istiadat Melayu Kelantan.

2)  Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2020 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.

3) Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport yang telah disahkan oleh pegawai perkhidmatan gred 41 dan ke atas hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.

4)  Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.

 

ALAMAT PERMOHONAN
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABrs. Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

SEBELUM ATAU PADA : 28 JANUARI 2021

 

PERKARA AM

1)  Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

2)  Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini52
Kelmarin1763
Minggu Ini52
Bulan Ini41109
Keseluruhan2126378

X