OBJEKTIF MAIK
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menggariskan beberapa objektifnya seperti berikut:
1. DAKWAH
2. MASYARAKAT YANG DINAMIS
3. KEIMANAN & UKHWAH ISLAMIAH
4. KEBAJIKAN & MENCEGAH KEMUNGKARAN
5. KEMAJUAN SOSIAL & EKONOMI
STRATEGI MAIK
Antara strategi yang diatur bagi mencapai objektif MAIK adalah sebagaimana berikut :
- Mewujudkan sebuah organisasi pentadbiran yang mantap dan berkesan bagi melaksanakan fungsi dan matlamat penubuhan MAIK
- Memperkemas dan memperluaskan bidang usaha dan kegiatan dakwah dan tarbiah (pendidikan) agama demi mempertingkatkan kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat
- Memperkemas dan memperkembangkan aktiviti-aktiviti pembangunan ekonomi.
- Mewujudkan institusi kebajikan bagi meningkatkan kegiatan amal bagi mengatasi masalah kemasyarakatan umat islam di kalangan fakir miskin, saudara baru, anak yatim, dan lain-lain.
- Menggalak dan mempergiatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti bercorak keagamaan dan amal kebajikan.
MISI MAIK
Memartabatkan Islam dan meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran umat Islam Kelantan
- Pengurusan zakat, infaq, wakaf dan baitulmal serta pentadbiran masjid yang amanah dan profesional
- Usaha dakwah, kebajikan dan pembangunan sosio ekonomi masyartakat yang terancang, inovatif dan berterusan.
- Pemeliharaan adat istiadat Melayu berpaksikan syariat.
VISI MAIK
Menjadi institusi peneraju tadbir urus hal ehwal agama dan pembangunan umat Islam yang unggul dan dihormati
MOTO MAIK
"Islam Penyuluh Hidup"