• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Isnin Safar 3 1442
Isnin September 21 2020

SINOPSIS BUKU TERBITAN MAIK

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SINOPSIS BUKU TERBITAN MAIK

Hubungi: Unit Penerbitan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Tel: 09-748 1512 / 017-974 3347 (En. Zaki). Potongan 10% dengan pembelian buku di Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Buku - buku keluaran MAIK ini juga boleh didapati di Perkhidmatan Van Zakat Bergerak, MAIK.

Penulis: Mohamad Kamil Hj. Ab Majid | Jumlah Halaman: 67 halaman | Harga: RM16.00

Buku ini mengisahkan perjalanan hidup seorang Sahabat Nabi SAW, iaitu Mus’ab bin Umair yang telah mengorbankan kehidupannya, baik dari segi harta benda mahupun jiwa raga, demi mempertahankan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Secara ringkasnya, buku ini mengisahkan empat fasa kehidupan beliau bermula dengan fasa kehidupan beliau sebelum memeluk agama Islam yang dalam serba kemewahan, diikuti dengan fasa yang kedua iaitu ketika beliau dilantik menjadi duta dakwah yang pertama dalam sejarah Islam. Fasa yang ketiga pula mengisahkan keterlibatan beliau dalam medan perang bersama dengan Nabi Muhammad SAW. Manakala yang terakhirnya mengisahkan peristiwa beliau gugur syahid di medan jihad dalam Peperangan Uhud dalam keadaan yang serba kedaifan.

Penulis: Sarji Kasim | Jumlah Halaman: 176 halaman | Harga: RM25.00

Buku ini menghidangkan kepada pembaca maksud isi kandungan al-Qur’an dalam bentuk syair. Ia diberi judul Syair Penghayatan al-Qur’an. Ia bermula dengan surah al-Rahman hinggalah surah al-Mursalat dengan mengetengahkan olahan maksud al-Qur’an dalam bentuk syair Melayu yang dikarang melalui tranformasi teks. Isi teks utama diambil berdasarkan dua buah kitab tafsir yang terkenal iaitu Tafsir al-Munir yang dikarang oleh Wahbah al-Zuhaily dan Tafsir al-Azhar yang dikarang oleh Hamka. Buku ini memuatkan 22 syair dengan 1092 rangkap yang dapat dijadikan rujukan untuk memperkaya ilmu Islam dan juga dapat menikmati estetika dan poetika syair Melayu. Dapatkan segera !.

 

Buku pelajaran Tata Rakyat Negeri Kelantan ini telah dipakai sebagai buku teks bagi mata pelajaran di sekolah-sekolah Agama/Arab di seluruh negeri Kelantan sejak 1992 lagi.

Selepas berlalu dua dekad, maka sangat terasa buku ini perlu disemak dan ditulis semula dengan meluruskan fakta-fakta serta menambah bab-bab baru yang perlu dimasukkan. Turut diperkaya dalam edisi baharu ini ialah beberapa ilustrasi dalam bentuk salasilah dan gambar-gambar bagi memudahkan para pelajar mengikuti pelajaran ini.

Diharap Semoga buku pelajaran Tata rakyat negeri Kelantan edisi baharu ini mampu memperkenalkan kepada murid-murid akan aspek-aspek menarik mengenai negeri Kelantan yang selama ini kurang mendapat perhatian.

Buku seumpama ini amat jarang dan sukar untuk diperoleh sekarang ini. Ia merupakan satu inisiatif pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dalam mendokumentasi gelaran-gelaran klasik yang digunakan dalam masyarakat Melayu Kelantan sehingga ke hari ini.

Buku ini diharapkan akan mendapat tempat dalam kalangan rakyat negeri Kelantan khasnya dan Malaysia umumnya. Ia sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan dalam memupuk kesedaran akan perlunya menjaga dan melestarikan jati diri bangsa dek perubahan zaman.

Buku Istana Balai Besar Mercu Kedaulatan Dan Kegemilangan Raja-Raja Melayu Kelantan ini merupakan hasil daripada persetujuan dalam mesyuarat ahli Majlis Agama Islam dan adat istiadat Melayu yang dipengerusikan oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail selaku Yang Dipertua Maik pokok ini juga terhasil setelah terbitnya buku-buku bercorak ‘coffee-table book’ seperti Masjid-Masjid Di Kelantan, Malaysia dan Resipi Cik Siti Wan Kembang. Penerbitan seumpama ini penting bagi MAIK dalam memelihara mendokumentasi dan melestarikan khazanah warisan budaya tinggalan masyarakat Melayu Kelantan terdahulu.

Diharapkan buku ini menjadi perintis dalam merakamkan kembali zaman Kesultanan Melayu Kelantan yang pertama di negeri ini yang usianya mencapai hampir tiga abad. Istana Balai Besar ini juga dapat dilihat sebagai ikon kepada pemerintahan sultan-sultan Kelantan Semenjak dahulu kala.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini412
Kelmarin2026
Minggu Ini412
Bulan Ini41575
Keseluruhan1437217

X