Borang Permohonan Untuk Wujud Mukim Baru / Naik Taraf / Sempadan Mukim Bagi Masjid Mukim Negeri Kelantan

KRITERIA WUJUD DAN NAIK TARAF MUKIM MASJID DI NEGERI KELANTAN

  • Bilangan anak mukim yang bermaustautin dan wajib solat Jumaat yang ramai dan melebihi bilangan berdasarkan mazhab Imam Al-Syafie.
  • Jarak di antara masjid mukim yang berjiran tidak kurang dari 1.6km. atau satu batu kecuali bagi masjid yang mempunyai kepadatan penduduk yang terlampau padat.
  • Keluasan tanah tapak masjid tidak kurang dari setengah ekar kecuali MAIK berpendapat sesuatu tempat itu wajar diberi kelulusan khas atas faktor-faktor keperluan yang mendesak.
  • Status tanah tapak masjid telah diwakafkan secara perundangan. (sila kepilkan gran tanah telah diwakafkan).
  • Masjid yang diluluskan sebagai Mukim Kecil/Sub Mukim hanya boleh memohon untuk dinaiktaraf sebagai Mukim Besar selepas lima tahun beroperasi sebagai Sub Mukim/Mukim Kecil.
  • Mempunyai Pelan Sempadan Mukim yang lengkap (sila kepilkan bersama borang permohonan).