Borang Sumbangan ICT kepada Masjid

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • (a) Institusi agama yang berdaftar dengan MAIK sahaja yang layak dipertimbangkan bantuan kecuali mendapat pertimbangan khas daripada Jawatankuasa Penilaian Agihan Zakat (JPAZ).
  • (b) Permohonan hanya setahun sekali.
  • (c) Permohonan dinilai berdasarkan penyata akaun masjid (terkini) .

KAEDAH MEMOHON
Permohonan boleh dibuat dengan menghantar surat permohonan beserta dokumen berikut :

  • (a) Penyata Akaun masjid/surat yang terkini.
  • (b) Melampirkan borang permohonan ini.
  • (c) Melampirkan layout/lakaran masjid bagi keperluan sumbangan pemasangan CCTV, Sistem Multimedia dan keperluan paparan digital.
  • (d) Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Oktober setiap tahun.

Permohonan boleh dihantar ke MAIK sama ada melalui Pos / Serahan sendiri atau melalui emel rasmi MAIK.