Majalah Pengasuh Edisi 631

“Pengasuh kali ini dimulakan dengan ucaptama Sahibus Samahah Dato’ Mufti Negeri Kelantan yang bertajuk Fiqh al-Taghyiir: Satu Coretan Ringkas. Ucaptama yang berkait dengan keperluan para pendakwah memahami konsep amar makruf dan nahi mungkar dengan sebaiknya. Ikuti juga tulisan-tulisan lain seperti ‘Ilmu Kerohanian atau Persilatan Kebatinan dari kaca mata Islam’ tulisan Ustaz Wan Baharuddin Wan Mamat, Sudut Pandang al-Imam Syaikh Yusuf al-Qaradawi dan lain-lain lagi.”

“Pengasuh mengucapkan setingi-tinggi tahniah kepada Editor Tamu MAIK; Ustaz Mohamad Mahmud di atas penganugerahan tokoh Hijrat ar-Rasul 1435H bagi negeri Kelantan. Semoga al-Fadhil Ustaz terus menyumbang bakti untuk majalah Pengasuh”.