Majalah Pengasuh Edisi 634

“Pengasuh kali ini dimulai dengan artikel huraian hadis pilihan yang ditulis oleh Dr. Nik Yusri b. Musa, pensyarah Universiti Malaysia Kelantan. Artikel menghuraikan hadis Nabi s.a.w. yang berkaitan tentang fitrah Islam yang ada pada setiap bayi yang dilahirkan. Menyusuli pula, artikel bertajuk “Pengurusan Krisis dari Perspektif Islam”, yang ditulis oleh Mohd Nizam b. Abd. Ghani, Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan. Ikuti tulisan-tulisan lain lagi yang menarik dalam Pengasuh keluaran kali ini.”