Majalah Pengasuh Edisi 636

“Pengasuh kali ini menampilkan satu tulisan coretan Dr Abdul Hafiz b. Hj. Abdullah, Pensyarah Kanan Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia Johor Bharu, berkenaan dengan pemikiran Prof. Hamka dalam karya beliau, Tafsir al-Azhar, tentang keburukan ekonomi riba. Turut dimuatkan artikel berkaitan dengan perbezaan pendapat di kalangan umat Islam, tulisan Nik Azman Nik Mustafa. Seorang tokoh pendakwah turut diperkenalkan dalam Pengasuh kali ini, iaitu Syeikh Sidi Abdul Latif tulisan Wan Baharuddin Wan Mamat. Ikuti juga artikel-artikel yang lain. Diharap pembaca mendapat manfaat yang sebanyak-banyaknya daripada Pengasuh kali ini”.