Majalah Pengasuh Edisi 637

“Memulakan Pengasuh kali ini satu kertas kerja mengenai pelaksanaan “Hukuman Sebat Mengikut Perspektif Islam”, tulisan Dato’ Haji Mohd Salih bin Haji Ahmad, mantan pensyarah di Akademi Pengajian, Islam Universiti Malaya. Dibincangkan dari pelbagai aspek tentang pelaksanaan hukuman sebat yang bertepatan dengan syariah Islam. Turut dimuatkan juga beberapa artikel lain yang menarik; Islam dan Melayu, Usaha Ulama Dalam Menghadapi Hadis Maudhu, Jalinan kerjasama antara HAMKA dan MAIK, cerpen ‘Mencari Dia’ dan lain-lain lagi. Diharap pembaca mendapat manfaat yang sebanyak-banyaknya daripada Pengasuh kali ini.”