Majalah Pengasuh Edisi 638

“Dicoretkan dalam Pengasuh kali ini pengkisahan tentang sebuah sekolah agama rakyat di Kg. Paloh, Tanah Merah, Kelantan. Sekolah yang diberi nama Sekolah Menegah Arab Ugama (Arab) Rahmaniyyah cuba dikongsikan sedikit sebanyak tentang sejarah, peranan, kemajuan dan sumbangannya kepada masyarakat oleh Wan Bahruddin al-Kutani. Turut mengisi Pengasuh kali ini antaranya, tulisan bertajuk Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah, Kelahiran Ideologi Moden dan Ancaman Terhadap Umat Islam, Persoalan Khilafiyah dalam Islam dan lain-lain lagi. Diharap pembaca mendapat manfaat yang sebanyak-banyaknya daripada Pengasuh kali ini.”