Majalah Pengasuh Edisi 639

Pada keluaran kali ini, Pengasuh cuba mengajak para pembaca menghayati objektif penurunan al-Quran melalui tulisan Dr. Abdul Hafiz bin Haji Abdullah yang bertajuk “Tanggungjawab Muslim terhadap al-Qur’an: Tinjauan Pemikiran HAMKA dalam tafsir al-Azhar.” Turut dimuatkan satu catatan pengalaman individu ketika berdepan dengan sebuah kumpulan ajaran sesat oleh Ustaz Wan Bahruddin al-Kutani. Turut dimuatkan juga beberapa artikel menarik yang lain. Semoga pembaca mendapat ilmu yang sebanyak-banyaknya daripada Pengasuh keluaran kali ini.