Majalah Pengasuh Edisi 646 (Muat turun penuh)

Memulakan Pengasuh kali ini ialah satu tulisan tentang pengaruh Mesir dalam majalah Pengasuh. Tulisan oleh Dr Abu Hanifah Haris, pensyarah di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, mengimbau peranan zaman awal majalah Pengasuh dalam memaparkan berita-berita umat Islam yang berlaku di Mesir. Turut dimuatkan dalam Pengasuh keluaran kali ini ialah artikel daripada Pengasuh tahun 1919 yang bertajuk Faedah dan Kaedah. Ikuti juga sambungan artikel berkenaan dengan Tok Guru Hj. Hasan Lampung. Turut disiarkan artikel berkaitan dengan perbezaan mazhab dalam masalah Rukyah al-Hilal yang ditulis oleh Dr. Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti yang telah dialih bahasa oleh Abu Firdaus. Ikuti juga beberapa lagi artikel lain yang disiarkan dalam Pengasuh keluaran kali ini. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya.