Majalah Pengasuh Edisi 647 (Muat turun penuh)

Pengasuh kali ini dimulakan dengan artikel bertajuk konsep Bahagia Menurut Pandangan Hamka Dalam Tafsir Al-Azhar tulisan Dr. Abdul Hafiz bin Hj. Abdullah, Pensyarah UTM Skudai Johor. Turut mengisi lembaran majalah Pengasuh kali ini ialah artikel tulisan Samhani Ismail yang bertajuk Faktor Penyalagunaan dan Ketagihan Dadah dari perpsektif Spiritual. Beliau merupakan tutor di Fakulti Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Turut dimuatkan artikel tulisan Dato’ Hj. Daud b. Mohamad (Dato’ Aria Diraja) yang mengimbas kembali berkenaan Sejarah Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan. Ikuti juga tulisan-tulisan yang lain lagi di dalam Pengasuh keluaran kali ini. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya.