Majalah Pengasuh Edisi 650 (Muat turun penuh)

Gambar pendiri Madrasah al-Rahmaniyyah al-Diniyyah (Pondok Lubuk Tapah) menghiasi muka depan Pengasuh kali ini. Satu coretan ringkas tentang perjalanan kehidupan tokoh ini oleh Abdul Razak Mahmud memulakan siri tulisan Pengasuh kali ini. Turut dimuatkan berita kebakaran besar yang berlaku di Kuala Krai pada tahun 1922 yang disalin semula daripada Pengasuh bilangan 89. Lain-lain artikel yang disiarkan ialah Orientalisme dan Persepsi Tentang Akidah oleh Ahmad Mujahidin bin Haji Yusuf, Ideologi Moden: Sejarah Serangan Pemikiran Terhadap Umat Islam oleh Dr. Nasrun bin Yaakob, Tasawwuf dan Amalan Kesufian Menurut Ahlu Sunnah Wal Jamaah oleh Dato’ Zakaria Stapa, dan lain-lain lagi. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya daripada Pengasuh keluaran ini.