Majalah Pengasuh Edisi 653 (Muat turun penuh)

Pada keluaran kali ini, Pengasuh cuba mengajak para pembaca mengikuti coretan pandangan Dr Ismail Lutfi al-Fatoni tentang Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai alim rabbani dan pewaris anbiya’. Turut disiarkan satu tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang pernah disiarkan dalam Pengasuh bilangan 352, tahun 1967. Tulisan yang bertajuk Peranan Tasawuf Dalam Membina Negara diulang siar agar para pembaca dapat mengikuti tulisan yang pernah ditulis oleh beliau di dalam Pengasuh sewaktu beliau menjadi guru di Maahad Muhammadi Kota Bharu. Lain-lain tulisan yang dimuatkan di dalam Pengasuh kali ini ialah “Ramadhan al-Mubarak – Nasihat Syar’iyyah Imaniyyah” tulisan Tok Kenali (1919), “Surau Haji Wan Ali Kutan” oleh Wan Baharuddin al-Kutani, “Koleksi Khutbah Yusuf al-Qaradawi (Siri 2)” oleh Dr. Mohamad Kamil B. Hj. Abdul Majid dan Ibrahim Majdi B. Mohamad Kamil, “Perbezaan Pendapat Di Antara Pro dan Kontra: Tinjauan Pemikiran Hamka Dalam Tafsir al-Azhar” oleh Dr. Abdul Hafiz B. Hj. Abdullah, dan lain-lain artikel lagi. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebanyak-banyaknya daripada Pengasuh keluaran kali ini.