Majalah Pengasuh Edisi 654 (Muat turun penuh)

Dr. Mohamad Kamil B. Haji Abd Majid mencatat sejarah yang tersendiri apabila menjadi penulis yang paling lama setakat ini yang terus menyumbang kepada majalah Pengasuh, iaitu selama 52 tahun. Ikuti coretan tentang kehidupan dan sumbangan beliau di dalam Pengasuh keluaran kali ini. Turut disiarkan di dalam Pengasuh kali ini ialah artikel bertajuk Sumber Ilmu Golongan Sufi tulisan Dato’ Zakaria Stapa (Penyandang Kerusi Syeikh Abdullah Fahim, Institut Islam Hadhari (Hadhari),UKM), Ideologi Moden: 4 Senjata Barat oleh Dr. Nasrun B. Yaakob, Koleksi Khutbah Yusuf al-Qaradhawi oleh Dr. Mohamad Kamil dan Ibrahim Majdi, dan lai-lain artikel yang menarik. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya daripada Pengasuh keluaran kali ini.