Majalah Pengasuh Edisi 656 (Muat turun penuh)

Menghiasi muka depan Pengasuh kali ini ialah gambar mantan Syaikh al-Azhar tahun 1958-1963. Ikuti sejarah kehidupan serta sumbangan beliau yang ditulis oleh Dr. Mohamad Kamil B. Hj. Ab. Majid. Ikuti juga tulisan bertajuk “Ilmu Tasawuf di Alam Melayu” oleh Wan Bahruddin al-Kutani. Turut mengisi kandungan Pengasuh kali ini ialah tulisan oleh Dr Haryati Bt. Hasan yang bertajuk “Taman Hiburan Biaritz Park”. Ikuti juga lain-lain tulisan kali ini; “Pendaftaran Institusi-institusi Agama Di Bawah Kawalan MAIK: Kajian Dokumen dan Kepentingan Menjaga Aset” oleh Ridhwan B. Abdul Rahman, “Pandangan Awal Antropogi Barat Terhadap Agama” oleh Ibrahim Majdi B. Mohamad Kamil, “Koleksi Khutbah Yusoff al-Qaradhawi (Siri 5) oleh Dr. Mohamad Kamil B. Ab. Majid dan Ibrahim Majdi B. Mohamad Kamil, “Taqlid dan Jumud Mengikut Pandangan Hamka Dalam Tafsir al-Azhar” oleh Dr. Abdul Hafiz B. Haji Abdullah, dan lain-lain artikel yang menarik. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya daripada Pengasuh keluaran kali ini.