Majalah Pengasuh Edisi 657 (Muat turun penuh)

Dalam keluaran kali ini, Pengasuh cuba mengajak para pembaca mengikuti kisah hidup seorang tokoh ulama yang telah melahirkan individu-individu yang berjasa kepada masyarakat, bukan sahaja di Kelantan, bahkan juga di Malaysia. Tokoh yang dimaksudkan ini ialah Tuan Guru Hj. Abdul Majid B. Hj. Ibrahim. Ikuti kisah hidup beliau yang dicoretkan oleh cucu beliau sendiri iaitu Prof. Madya Dr. Abdul Salam B. Mohd. Shukri, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Turut disiarkan dalam Pengasuh kali ini ialah tulisan yang bertajuk “Kemukjizatan al-Qur’an Dari Sudut Bahasa” oleh Ahmad Mujahidin B. Haji Yusuf. Lain-lain tulisan yang disiarkan ialah “Huraian Hadis al-Adab al-Mufrad” oleh Mohd Roslan B. Abdul Ghani, “Unsur Penyelewengan Dalam Ilmu Tasawuf” oleh Prof. Dato’ Zakaria Stapa, “Wawancara Dengan Dr. Yusuf al-Qaradawi” oleh Dr. Kamil B. Hj. Ab Majid, dan lain-lain lagi. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya daripada Pengasuh keluaran kali ini.