Majalah Pengasuh Edisi 658 (Muat turun penuh)

Pengasuh kali ini menampilkan artikel-artikel yang cukup menarik untuk ditatapi oleh pembaca. Memulakan Pengasuh kali ini ialah artikel bertajuk Huraian Ilmuwan Tentang Takrif Islam oleh Dr. Mohamad Kamil Ab Majid. Diikuti pula oleh artikel yang bertajuk Konsep Ujian Menurut Perspektif Hamka Dalam Tafsir al-Azhar oleh Dr. Abdul Hafiz Abdullah. Turut dimuatkan artikel (sambungan Pengasuh 657) oleh Ahmad Mujahidin B. Hj. Yusof yang bertajuk Kemukjizatan al-Qur’an Dari Sudut Bahasa, artikel oleh Mohd Saiba B. Yaakob, dengan tajuk Manhaj Ahli Sunnah Dalam Berinteraksi Dengan Ayat-ayat Mutasyabihat Menurut Kitab-kitab Jawi. Kedua-duanya merupakan pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Nilam Puri, Kota Bharu Kelantan. Ikuti juga lain-lain artikel yang menarik. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya daripada Pengasuh keluaran kali ini.