Majalah Pengasuh Edisi 659 (Muat turun penuh)

Pengasuh sekali lagi menempa satu episod yang sangat bersejarah apabila keluaran kali ini menjadi penanda Pengasuh telah genap mengharungi tempoh satu abad. Kali ini perkiraan dalam tahun masihi pula (Julai 1918-Julai 2018). Bagi mengisi Pengasuh keluaran kali ini dimuatkan artikel-artikel seperti Soal dan Jawab oleh Muhammad Yusof Kenali (Tok Kenali), Syaikh Muhammad Abu Zahrah: Ulama Pengarang Zaman Ini oleh Dr. Mohamad Kamil Ab Majid, 21 Cerita Tentang Pengasuh oleh Mohd Nor Hashri B. Junoh. Turut dimuatkan puisi oleh Abham T.R serta pantun oleh Sarji Kasim. Ikuti juga artikel-artikel yang lain seperti Berkat Surah Luqman yang menceritakan perjalanan hidup Dato Bentara Dalam Dato’ Wan Hashim B. Wan Ahmad. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya daripada Pengasuh kali ini.