Majalah Pengasuh Edisi 669

Pengasuh keluaran kali ini menampilkan dua orang tokoh pemikir Islam di peringkat dunia. Yang pertama ialah Ibnu Khaldun melalui pemikiran beliau tentang masyarakat. Tulisan berkenaan tokoh ini dicoretkan oleh saudara Dr Ibrahim Majdi Mohamad Kamil dalam kolum berbahasa Inggeris. Tokoh pemikir kedua yang dibincangkan pula ialah Sir Allamah Iqbal, penyair negara Pakistan. Tulisan oleh Prof. Madya Dr Abdul Salam Muhamad Shukri menyorot kembali sejarah awal kehidupan tokoh ini sehinggalah beliau meninggal dunia. Turut dimuatkan dalam Pengasuh kali ini ialah tentang sejarah perkembangan Pondok Aur Cina Pasir Mas, Kelantan, tulisan oleh saudara Wan Bahruddin al-Kutani. Juga disiarkan sejarah kehidupan seorang guru pondok di jajahan Tumpat iaitu Tok Guru Haji Che Mat Pasir Pekan Hilir, tulisan oleh Mohd Nor Hashri bin Junoh. Ikuti juga tulisan-tulisan yang lain lagi dalam Pengasuh keluaran kali ini. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya.