Majalah Pengasuh Edisi 671

Antara artikel menarik Pengasuh keluaran kali ini ialah “Resensi Buku – Kisah Pelayaran Abdullah : Analisis Fakta dan Pentarikhan” oleh Ismail Che Daud. Tulisan ini mengupas kembali sejarah pelayaran Abdullah dan cuba menjelaskan beberapa kekeliruan yang berlaku sebelum ini tentang tarikh-tarikh tertentu yang berkaitan pelayaran beliau. Ikuti juga artikel yang bertajuk “Pengaruh Mazhab Syafi’e Dalam Pengeluaran Fatwa di Negeri Kelantan” oleh Prof. Dr. Wan Abdul Fattah bin Wan Ismail, “Covid-19: Ujian atau Musibah tulisan” oleh Dr. Mohd Nasrun bin Yaakob, “Sumbangan Tuan Guru Haji Hasan bin Mat Saman kepada Masyarakat” oleh Dr Ahmad Mujahidin bin Haji Yusuf, “Model Dakwah Semasa: Suatu Analisis Teoritikal Kepada Karya Panduan Para Pendakwah” oleh Prof. Madya Dr Abdul Salam Mohamad Shukri. Ikuti juga lain-lain artikel yang menarik lagi dalam Pengasuh keluaran kali ini.