Majalah Pengasuh Edisi 672

Pengasuh keluaran kali ini dimulakan dengan artikel yang bertajuk “Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan: Satu Coretan Ringkas Pengalaman (1968 – 1971)” oleh Dr Mohamad Kamil Ab Majid. Penulis artikel ini cuba mengimbau pengalaman pengajian di pusat pengajian ini bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. Selain artikel ini, disiarkan juga artikel yang bertajuk “Siri Serangan Ideologi Moden: Hedonisme” oleh Dr Mohd Nasrun bin Yaakob, “Sebuah Wajah Pendidikan di Kampung Kutan Kelantan (Siri 1)” oleh Wan Bahrudin al-Kutani, “Kelahiran Liberalisme, Doktrin dan Keracunannya” oleh Mohd Saiba bin Yaakob (sambungan artikel Pengasuh 671), “Syeikh Muhammad Uthman El-Muhammady: Tokoh Ulama Kontemporari Malaysia” oleh Ibrahim Majdi Mohd Kamil. Ikuti juga artikel-artikel lain yang menarik dalam Pengasuh keluaran kali ini.