Majalah Pengasuh Edisi 676

Pengasuh keluaran kali ini dimulakan dengan artikel yang bertajuk “Memperingati jasa Professor Dr. Sheikh Yusof Abdullah al-Qardhawi dalam dunia Islam”, oleh Ibrahim Majdi bin Muhammad Kamil. Penulis artikel ini cuba menghuraikan jasa-jasa yang telah dilakukan oleh Allahyarham Professor Dr. Yusof al-Qardhawi yang telah meninggal dunia baru-baru ini. Selain artikel ini, disiarkan juga artikel yang bertajuk “Perjuangan dan pengaruh intelektual Sheikh Ahmad al-Fathoni untuk memerdekakan alam melayu”, oleh Annuar Ramadhan, “Siri serangan idealogi moden: materialisma”, oleh Dr. Nasron Yaakob, “Pemikiran Kalam dalam aliran ahli sunnah wal jamaah”, oleh Professor Emeritus Dato’ Zakariya Stapa, “Activate teh function of teh masjid in Kelantan”, oleh Ameer Azeezy bin Tuan Abdullah dan lain-lain artikel yang menarik lagi. Semoga pembaca mendapat maklumat yang bermanfaat daripada artikel-artikel yang disiarkan pada kali ini.