Majalah Pengasuh Edisi 679

Majalah Pengasuh Edisi 679

Editor : Mohamad Irfan Salleh (Pegawai Penerbitan, MAIK)

Keterangan Kulit : Tokoh; Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi bin Hj. Abdul Majid (1945-2023)

Pengasuh keluaran kali ini dimulakan dengan artikel yang bertajuk “Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi bin Hj. Abdul Majid (1945-2023)” oleh  Mohamad Irfan Salleh. Penulisan artikel ini membincangkan mengenai latar belakang kehidupan serta jasa dan sumbangan beliau khususnya terhadap Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Selain itu, turut disiarkan artikel yang bertajuk “Konsep bedah siasat dan kepentingannya menurut kaca mata Islam dan perubatan” oleh Dr. Ahmad Mujahideen, “Cabaran Faham Pascamodenisma terhadap Pegangan Akidah Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah (Bahagian 3)” oleh Profesor Emeritus Dato Zakaria Stapa, “Harta sebagai ujian daripada Allah: tinjaun terhadap khusus pemikiran Hamka dalam tafsir Al-Azhar”, oleh Dr. Abdul Hafiz bin Hj. Abdullah, dan lain-lain artikel yang menarik lagi.

Semoga pembaca mendapat maklumat yang bermanfaat daripada artikel-artikel yang disiarkan pada kali ini.