Majalah Pengasuh Edisi 680

 Majalah Pengasuh Edisi 680
Keterangan Kulit : Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra (1979-2010)
Editor : Irfan Salleh (Peg. Penerbitan, MAIK)

 

Pengasuh keluaran kali ini dimulakan dengan artikel yang bertajuk “Mendepani Isu Boikot Berdasarkan Pertimbangan Maslahah dan Mafsadah”, oleh Profesor Madya Dr. Mohd Anuar Ramli. Penulisan artikel ini membincangkan mengenai tindakan memboikot produk dan syarikat-syarikat yang menyumbang serta menyokong jenayah perang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin dengan mengambilkira pertimbangan Maslahah dan Mafsadah.

Selain itu, turut disiarkan artikel yang bertajuk “Memperingati Dato’ Dr. Abdul Hayie Abdul Shukor: Tokoh Ilmuan Hadis Malaysia” oleh Dr. Ibrahim Majdi, “Cabaran Faham Pascamodenisma terhadap Pegangan Akidah Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah (Bahagian 4)” oleh Profesor Emeritus Dato’ Zakaria Stapa, “Harta sebagai ujian daripada Allah: tinjaun terhadap khusus pemikiran Hamka dalam tafsir Al-Azhar (Bahagian: 2)”, oleh Dr. Abdul Hafiz bin Hj. Abdullah, “Sultan Ismail Petra (1979-2010) oleh Baharin Ilias dan lain-lain artikel yang menarik lagi.

Semoga pembaca mendapat maklumat yang bermanfaat daripada artikel-artikel yang disiarkan pada kali ini.