Majalah Pengasuh Edisi 681

Majalah Pengasuh Edisi 681
Keterangan Kulit : Tokoh; Dato’ Dr. Haron bin Din (1940 – 2016)
Editor : Irfan Salleh (Peg. Penerbitan, MAIK)

Pengasuh keluaran kali ini dimulakan dengan artikel yang bertajuk “Tuan Guru Dato’ Dr. Haron bin Din” oleh Irfan Salleh. Penulisan artikel ini membincangkan mengenai latar belakang kehidupan serta jasa dan sumbangan beliau khususnya terhadap perkembangan agama Islam di Malaysia.

Selain itu, turut disiarkan artikel yang bertajuk “Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan: Fungsi dan Peranannya Mengikut Undang-Undang”, oleh Baharin Ilias, “Manhaj Rabbani: Tawaran Islam untuk Melahirkan Insan Berkualiti Bahagian Pertama”, oleh Profesor Emeritus Dato Zakaria Stapa, dan lain-lain artikel yang menarik lagi.

Semoga pembaca mendapat maklumat yang bermanfaat daripada artikel-artikel yang disiarkan pada kali ini.