40 Kunci Syurga Dalam Ramadan

40 Kunci Syurga Dalam Ramadan

40 Kunci Syurga Dalam Ramadhan bertolak daripada hadis Rasulullah SAW yang menegaskan bahawa Allah SWT akan memasukkan syurga kepada orang yang melakukan 40 kebaikan. Ramadhan merupakan anugerah dan hadiah Ilahi kepada insan dengan pelbagai kebaikan dan amalan bagi meraih pelbagai ganjaran, rahmat dan anugerah Allah SWT.

Buku ini akan menyajikan empat aspek penting sebagai takzkirah, tadabbur dan panduan ringkas setiap muslim yang bersiap sedia menyambut Ramadhan. Pertama, persiapan di ambang Ramadhan iaitu amalan dan pengajaran penting pada bulan Rejab dan Syaaban. Kedua, amalan, tips, motivasi dan kelebihan sepanjang bulan Ramadhan. Ketiga, hikmah  dan keistimewaan ibadah puasa sebagai kunci syurga. Keempat, keutamaan al-Quran dan cara memperoleh rahmat serta kebaikan daripadanya sebagai teman akrab di bulan Ramadhan.

Tajuk-tajuk yang dihidangkan dalam buku ini menjuruskan kepada kepentingan dan peranan Ramadhan sebagai bengkel muhasabah, kem motivasi, pembina jati diri muslim dan universiti Pendidikan Ilahi  untuk membangun semangat, momentum, dan kekuatan beribadat secara konsisten sepanjang tahun, malah sepanjang usia. Semoga Ramadhan yang dilalui setiap tahun itu, akan meningkatkan keimanan, ketaqwaan, taqarrub, ibadat  dan penghayatan Islam setiap muslim.