Wurayqat: Himpunan Kertas Kerja Mufti Kerajaan Negeri Kelantan

Buku ini menghimpunkan enam kertas kerja daripada puluhan kertas kerja yang pernah dibentangkan oleh YB Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, di pelbagai seminar dan wacana, dalam dan luar negeri. Tajuk-tajuk kertas kerja ini menyentuh tentang keperluan memahami fiqh semasa dengan mendalam, khususnya bagi golongan agamawan, iaitu:

  1. Tajdid al-Fikr Sebagai Suatu Tuntutan Agama dalam Menyonsong Arus Deras Globalisasi.
  2. Fiqh at-Taqghyiir: Satu Coretan Ringkas.
  3. Fiqh al-Muwazanat dalam Konteks Pembangunan Negara: Satu Huraian Awal.
  4. Fiqh al-Awlawiyyat dalam Konteks Pembangunan.
  5. Menangani Kepelbagaian Pendapat Fiqhiyyah: Suatu Coretan Ringkas.
  6. Sejarah, Falsafah dan Beberapa Perspektif Hukum Syarak Terhadap Persoalan Dinar Emas.

Buku setebal 100 halaman lebih ini, insya Allah akan dapat memberi suatu kefahaman yang sebaik-baiknya kepada para pembaca dalam menanggapi isu-isu agama semasa yang berlaku di sekeliling kita. Penulisnya telah cuba menggunakan aras bahasa yang sederhana bagi memudahkan para pembaca mengutip is-isi penting yang cuba disampaikan. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya daripada buku ini

Document history:

Jumlah Halaman              : 106 halaman

Harga                                : Percuma