faq lokasi aduan peta


SINOPSIS BUKU TERBITAN MAIK

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

100 Tahun Yusoff Zaky Yacob (1925 - 2025) Himpunan Esei Penghormatan Kepada Yusoff Zaky Yacob

100 Tahun Yusoff Zaky Yacob (1925 - 2025) Himpunan Esei Penghormatan Kepada Yusoff Zaky Yacob
Edisi Pertama : 2025
Penulis : A.Aziz Deraman / Mohamad Irfan Salleh
Jumlah Halaman : 280 halaman
Size Buku : 6 in x 9 in
ISBN : 978-983-2391-78-4
Harga : RM50.00

Yusoff Zaky Yacob, tokoh dalam pelbagai bidang. Sebagai seorang ulama, beliau melangkaui batas tradisi dan dikenali sebagai cendekiawan Melayu Kelantan yang disegani. Beliau bukan sekadar seorang ulama’, tetapi juga seorang pengarang prolifik, penterjemah, penyair, budayawan dan usahawan, menjadikan namanya sinonim dengan kecemerlangan intelektual dan budaya. Dilahirkan pada tahun 1925 di Kota Bharu, Kelantan, beliau melangkah melampaui tradisi dengan penguasaan ilmu Islam, pendidikan moden dan seni sastera. Sebagai penulis dan penerbit, beliau mengasaskan Pustaka Dian Press, menerbitkan karya seperti Saikologi Remaja hingga terjemahan agung Fi Zilal al-Quran. Dedikasinya terhadap ilmu terpancar dalam pelbagai karya asli dan terjemahan yang meliputi psikologi, falsafah dan tafsir. Majalah-majalah terbitannya seperti Dian dan Santajiwa menjadi suara pemikiran intelektual Melayu pada zamannya.

Buku ini memuatkan 11 bab istimewa yang ditulis oleh individu-individu yang mengenali Yusoff Zaky Yacob secara dekat, termasuk bekas penolong pengarang, rakan seperjuangan, kenalan rapat, serta cendekiawan yang mengkaji pemikiran dan sumbangannya dari pelbagai perspektif.

Buku ini diterbitkan sebagai penghormatan istimewa kepada Yusoff Zaky Yacob, tokoh yang telah memberikan sumbangan besar dalam bidang penterjemahan, persuratan dan penerbitan buku serta majalah. Diterbitkan bersempena ulang tahun ke-100 kelahirannya, karya ini merayakan legasi beliau yang kekal menjadi inspirasi sepanjang zaman.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini846
Kelmarin4239
Minggu Ini5085
Bulan Ini110417
Jumlah Pengunjung69997675

Pedoman Tartil Dalam Ilmu Tajwid