Buku Kajian-Kajian Tentang MAIK

Penyelenggara: - Hashri Junoh

Buku Kajian-Kajian Tentang MAIK ini merupakan himpunan ringkasan kepada kajian-kajian dari universiti tempatan sama ada di peringkat sarjana, doktor falsafah, termasuk kajian penyelidikan oleh pensyarah universiti. Seramai lapan orang penulis telah terlibat dalam usaha menjayakan penerbitan buku ini.

Buku setebal 260 halaman lebih ini telah merangkumkan pelbagai bidang kajian tentang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang sekali gus menonjolkan kepelbagaian peranan dan sumbangan MAIK itu sendiri dalam memberi khidmat kepada seluruh masyarakat.

Sebarang tempahan, sila hubungi: 017-9743347 (En. Zaki)