Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak Patuh Syariah

Penulis: - Dr. Asry Yusoff, Radin Seri Nabahah bt Ahmad Zabidi, Ilyasak b Ahmad, Mujiburrahman b Muhammad Saleh dan Suraini binti Saufi | Jumlah Halaman: 183 halaman | Harga: RM10.00 (Kulit Lembut)

Buku ini asalnya merupakan sebuah buku yang pernah diterbitkan oleh AKPK pada 2009 bagi edisi pertama (dicetak ulang pada 2010), dan pada 2014 dan 2018 bagi edisi kedua dan ketiga. Kerancakan penerbitan buku ini semenjak ia mula diterbitkan memberi isyarat bahawa perbincangan dalam buku ini mendapat tempat yang cukup baik dalam kalangan masyarakat umum. Walau bagaimanapun, secara umumnya penerbitan sebelum ini dilihat belum mendapat sentuhan syariat Islam secara tekstual lagi. Oleh sebab itu, pihak AKPK bersama pihak Kolej Teknologi Darul Naim (KTD) dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) telah mengadakan kerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bagi meneruskan penerbitan buku ini dalam bentuk penampilan yang baharu - Edisi Patuh Syariah.

Edisi pertama patuh syariah ini amat dinanti-nantikan bukan sahaja pihak MAIK, bahkan oleh seluruh masyarakat Islam di Kelantan khasnya, dan di seluruh negara amnya, bagi menatap sebuah buku yang membicarakan tentang pengurusan kewangan yang patuh syariah.

Diharap penerbitan buku ini dapat meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap pengurusan kewangan Islam sekali gus memberi suatu impak yang ketara kepada mereka untuk menghayati ajaran Islam secara lebih menyeluruh.