Penulis | : | Zakaria Stapa (Professor Emeritus Dato’) |
Jumlah Halaman | : | 228 halaman |
Harga | : | RM35 |
Karamah merupakan perkara luar biasa yang dimanifestasikan oleh Allah SWT dengan izin-Nya kepada individu yang dikenali sebagai wali daripada kalangan para wali-Nya. Mempercayai karamah wali Allah SWT adalah termasuk dalam prinsip fahaman Ahl al-Sunnah wal Jamaah. Berbeza dengan mukjizat, yang secara eksklusif dikaitkan dengan para Nabi sebagai bukti pengutusan mereka oleh Allah SWT untuk mengukuhkan dakwah, karamah berlaku kepada individu-individu soleh yang mematuhi hukum syariah dan memiliki akidah yang benar. Karamah dianggap sebagai hasil daripada amalan soleh dan hubungan yang sangat dekat dengan Allah SWT.
Manakala, Ilmu Tasawuf pula merupakan wadah berkembangnya ciri dan pembawaan kedua-dua konsep wali dan karamah dalam tradisi Islam. Justeru, sememangnya wajar sekali perihal wali dan karamah itu dilihat, difahami dan dibicarakan berdasarkan perspektif ilmu Tasawuf yang merupakan induk kepada kedua-dua konsep tersebut bagi menyangkal kekeliruan dan tuduhan terhadap konsep wali dan karamah.
Buku ini dihadirkan sebagai satu respons terhadap isi kandungan buku “Di Sekitar Wali dan Karamah: Antara Fakta dan Khayal”, yang diterbitkan sebelum daripada ini bagi mengimbangi dan memberikan “pandangan lain” terhadap intisari buku tersebut.