Fathul Muin Terjemahan Dan Huraian Jilid 1 & 2

Fathul Muin Terjemahan Dan Huraian Jilid 1 & 2
Penterjemah  : Ustaz Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady
Harga  : RM 25 (Jilid 1) | RM23 (Jilid 2)

Penerbitan buku ini merupakan kesinambungan daripada penerbitan Fathul Muin Terjemahan dan Huraian Jilid 1 yang julung kalinya diterbit pada tahun 1989 Masihi bersamaan 1409 Hijrah oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Fathul Muin merupakan kitab fiqh mazhab al-Syafi'i yang menjadikan rujukan utama dalam permasalah fiqh di kalangan ulama al-Syafi'iyyah yang mutaakkhirin. Kitab ini merupakan karya al-'Allamah Zainuddin al-Malibari yang merupakan seorang murid kepada Syaikhul Islam Ibn. Hajar al-Haytami.

Atas dasar kepentingan kitab ini, satu usaha terjemahan telah dilakukan oleh Ustaz Dr Muhammad Uthman El-Muhammady (م.2013), seorang tokoh sarjana islam yang telah berperanan besar terhadap perkembangan Ilmu agama serta tarbiyah Islamiyyah di Malaysia khususnya.

Usaha penyalinan manuskrip bertulisan tangan dilakukan oleh pihak MAIK yang kemudiannya ditahqiq oleh beberapa asatizah termasuklah Prof. Wan Abdul Fattah (Ahli Jemaah Ulama MAIK), Dato’ Hj. Wan Hassan (Ahli Jemaah Ulama MAIK) dan Af. Ustaz Anwar Mua’ai (Tenaga Pengajar Madrasah Daruttalim Wattarbiah).

Semoga Allah memberkati usaha ini!