Furu’ Al-Masa’il Wa Usul Al-Wasa’il Masalah-Masalah Fiqh Terpilih Daripada Baba Al-Talaq

Penterjemah: Kumpulan Penterjemah dan Pengubah - Askara Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia | Jumlah Halaman: 323 halaman | Harga: RM30.00 (Kulit Lembut)

Buku Furu’ al-Masa`il wa Usul a-Wasa`il – Masalah - Masalah Fiqh Terpilih Daripada Bab al-Talaq ini merupakan buku hasil kerjasama antara Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Buku ini merupakan tulisan asal ulama terkenal Alam Melayu iaitu Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani yang diterbitkan semula secara transliterasi jawi kepada tulisan rumi oleh Kumpulan Penterjemah dan Pengubah-Aksara JKSM, di samping olahan gaya bahasa yang lebih mudah difahami. Selain itu, Kumpulan Penterjemah ini juga melakukan kerja-kerja pentahqiqan (semak semula) terhadap teks-teks asal kitab ini agar dapat dikenal pasti sebarang kesilapan-kesilapan cetakan atau sebagainya, supaya buku ini dapat diterbitkan dalam bentuk yang terkini.