Jati Diri Bangsa

Penulis: A. Aziz Deraman | Jumlah Halaman: 534 halaman | Harga: RM50.00 (Kulit Keras)

‘Jati Diri Bangsa’ bukan sekadar untuk dimengerti takrifnya, tetapi bagaimana kedudukan semangat patriotisme bangsa Malaysia, penghayatan aspirasi Perlembagaan, pemikiran budaya, status bahasa, isu pendidikan, amalan nilai-nilai budaya murni, aspek kesenian, citra keislaman dan kemelayuan, sikap generasi muda dan bagaimana situasi Malaysia dalam dunia global. Beberapa imbauan terhadap usaha menegakkan keperibadian bangsa, matlamat perpaduan dan keseimbangan kehidupan kemanusiaan dengan pembangunan moden Malaysia dilontarkan dalam teks ini bersandarkan falsafah dan pemikiran tentang kehidupan berbangsa dan bernegara.