Tarikh Ulama’ Kelantan: Sejak Awal Hingga Tahun 2000

Penulis                 : Abdul Razak Mahmud | Ismail Che Daud

Jumlah Halaman : 722 halaman

Harga                   : RM80.00

Buku setebal 722 halaman ini adalah “versi baharu” bagi buku Biografi Singkat 40 Ulama’ Terpilih Negeri Kelantan yang telah diterbitkan oleh MAIK pada 2017 yang lalu. Selepas disemak dan diperbaiki, serta dengan menukarganti tiga orang tokoh, dan diperkaya dengan tiga buah lampiran, buku ini kini kami terbitkan kembali dalam wajah baharu serta dengan memakai judul baharu – Tarikh Ulama’ Kelantan (Sejak Awal Hingga Tahun 2000).

Buku ini terkandung dalam dua bahagian utama; pertama – terdiri atas sejumlah 40 orang tokoh ulama’ Kelantan yang ditulis dalam sebuah tarajum ringkas, tetapi merangkumi, berasal dari siri ceramah radio Kelantan FM, Kota Bharu, mulai awal Muharram 1437 hingga berakhir pada Jumad al-Akhir 1438. Manakala bahagian kedua pula terdiri atas lima buah lampiran yang menampilkan sejarah dan perkembangan ulama’ Kelantan yang dikumpul dari pelbagai sumber dan rujukan. Sungguh suatu kompendium maklumat yang sangat informatif dan luar biasa lengkap untuk dicermati dan dianalisis dalam upaya melihat peran dan sumbangan ulama’ Kelantan dalam bidang pengajian ilmu-ilmu Islam tradisional, tak hanya di Kelantan, tetapi juga di luar Kelantan.

Adalah diharapkan semoga penerbitan buku ini mampu menjadi sebuah dokumentasi yang komprehensif dan terpercaya dalam bidang kajian sejarah dan dinamika ulama’ Kelantan dalam rentang waktu sejak awal perjalanannya – sejauh yang dapat dirunut dan ditelusuri – hingga berakhir pada tahun 2000.