Tokoh-Tokoh Ulama' Semenanjung Melayu (2) Sejak 1957 Hingga 2000

Penulis: Ismail Che Daud | Jumlah Halaman: 597 halaman | Harga: RM60.00 (Kulit Lembut)

Buku ini adalah sambungan kepada buku pertama yang telah diterbitkan sebelum ini. Bezanya, kalau buku pertama menyenaraikan tokoh-tokoh ulama’ yang meninggal sebelum tahun 1957, maka buku kedua ini mengandungi nama-nama ulama’ yang meninggal selepasnya, hingga tahun 2000.

Hampir semua ulama’ dari berbagai negeri di Semenanjung Melayu terwakili dalam buku ini; berawal dengan negeri Legor (Thai: Nakhon Si Thammarat) di sebelah utara, membawa kepada negeri-negeri Melayu di selatan seperti Patani, Kelantan, Kedah, Terengganu, Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka. Setiap negeri, paling sedikit, menampilkan seorang ulama’ sebagai wakilnya, kecuali, dengan maaf, bagi negeri-negeri Johor, Selangor, Pahang dan Pulau Pinang yang tidak terwakili.