faq lokasi aduan peta


PERUTUSAN

YABRS TIMBALAN YANG DIPERTUA

tydp

YABRS TUAN HAJI ZULKIFLE BIN AB RAHMAN
TIMBALAN YANG DIPERTUA
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Bertarikh : 01 JULAI 2019

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T , selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan izin serta petunjukNya, MAIK yang ditubuhkan pada tahun 1915 telah mencapai usia lebih seabad pada 27 Syawal 1440H.

Portal Rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang dinamik merupakan satu ketandaan yang MAIK bergerak selaras dengan peredaran arus teknologi. Teknologi Maklumat (IT) telah berkembang kepada Teknologi Maklumat Komunikasi (ICT) menunjukkan bahawa komunikasi merupakan elemen penting bagi meningkatkan mutu perkhidmatan organisasi. MAIK merupakan institusi yang berdamping rapat dengan masyarakat memerlukan satu platform elektronik yang interaktif bagi membolehkan sistem penyampaian disempurnakan sebaiknya.

Portal Rasmi MAIK ini merupakan satu saluran penyebaran maklumat secara elektronik yang boleh diakses secara cepat, mudah dan telus. Melalui portal ini juga MAIK menyediakan pelbagai perkhidmatan atas talian (online) bagi mencapai visi kami iaitu menjadi sebuah organisasi pengurusan wang zakat dan pengurusan harta baitumal dan wakaf yan terunggul di Malaysia.

Akhir kata, syabas kepada warga kerja MAIK diatas komitmen membangunkan Portal Rasmi ini dan mengucapkan Selamat Datang kepada mereka yang melayari Portal MAIK dan mengalu-alukan respon yang membina dari semua pihak bagi membantu MAIK dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sekaligus memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik bagi manfaat kita bersama.

"ALLAH DITAATI, RAJA DISANJUNGI, RAKYAT DIKASIHI"
"SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT"

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2126
Kelmarin4091
Minggu Ini18468
Bulan Ini84073
Jumlah Pengunjung9334106