• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2013

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN

Program Kajian Pembasmian Kemiskinan Tegar Bandar Kota Bharu anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu telah diadakan di daerah Badang pada 23hb Februari 2014.

Lawatan ini turut disertai oleh YABhg. Dato' Nik Kamaruddin bin Ismail, Penasihat Khas kepada Yang Teramat Mulia Tengku Yang Dipertua MAIK dan YABhg. Dato' Kamaruddin bin Mohd Zin, Timbalan Yang Dipertua MAIK. Lawatan ini bertujuan untuk melihat dan mengenalpasti keperluan golongon asnaf serta apa-apa bantuan yang perlu disalurkan bagi memperbaiki taraf kehidupan mereka.

Sebanyak tujuh buah rumah yang telah dikenalpasti oleh Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu untuk menerima bantuan daripada MAIK. Kebanyakan mereka dari golongan yang berpendapatan RM 700 ke bawah dan mempunyai tanggungan anak ramai serta masih bersekolah.

Semasa lawatan pihak MAIK juga telah menyediakan sumbangan barangan dapur, barangan peralatan elektrik dan sumbangan wang tunai kepada setiap rumah yang dilawati bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh keluarga.

Disediakan Oleh : Asma Binti Salleh

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:    

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini966
Kelmarin1463
Minggu Ini6542
Bulan Ini28418
Keseluruhan136779

X