• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2015

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM PENGURNIAAN BANTUAN ZAKAT OLEH KDYMM SULTAN MUHAMMAD V KEPADA MANGSA BANJIR JAJAHAN GUA MUSANG SERTA KEBERANGKATAN KDYMM SULTAN MUHAMMAD V MENUNAIKAN SOLAT FARDHU ISYAK DAN SOLAT FARDHU JUMAAT DI MASJID TENGKU MUHAMMAD FAIZ PETRA, GUA MUSANG

26 Februari 2015 bersamaan 07 Jamadilawal 1436H (KHAMIS) - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V telah mengampuni perkenan untuk berangkat ke Program Pengurniaan Bantuan Zakat kepada mangsa-mangsa Banjir bertempat di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Jajahan Gua Musang pada 26 Februari 2015.

Program tersebut berlangsung dengan keberangkatan tiba KDYMM Sultan Muhammad V menunaikan solat fardhu Isyak di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang.

Selesai menunaikan solat fardhu Isyak, KDYMM Sultan Muhammad V mengampuni perkenan untuk mengurniakan bantuan zakat kepada mangsa-mangsa banjir di jajahan Gua Musang yang melibatkan seramai 185 orang penerima bantuan. Turut serta dalam program tersebut ialah YB. Dato’ Haji Mohd Faudzi Bin Haji Che Mamat, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YB. Dato’ Haji Nassuruddin Bin Haji Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kerajaan Negeri Kelantan, YB. Dr. Ramli Bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Kerajaan Negeri Kelantan, YB. Dato’ Abdullah Bin Yaa’kob, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, YB. Dato’ Haji Nik Kazim Bin Haji Nik Yusoff, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, YB. Encik Shahidani Bin Abd Aziz @ Juned, Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, YB Dato’ Haji Che Mohd Rahim Bin Haji Jusoh, Pengarah JAHEAIK, YABhg. Dato’ Haji Nazran Bin Muhammad, Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kelantan, YM. Tuan Zainal Abidin Bin Tuan Yusoff, Ketua Jajahan Gua Musang, YBrs. Encik Nik Pakheruddin Bin Nik Abdul Kadir, Penglola Istana D’Raja, YBrs. Encik Mohd Azri Bin Abd. Rahman, Setiausaha Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan YBrs. Tuan Haji Muhammad Hana Pizi Bin Abdullah, Imam Besar Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Turut serta dalam majlis tersebut ialah para jemputan khas dan muslimin-muslimat di kalangan penduduk tempatan.

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:    

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini851
Kelmarin1667
Minggu Ini8722
Bulan Ini26454
Keseluruhan569253

X