• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

LAWATAN KERJA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK) KE MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

Pada 17 Mei 2017- Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan satu Lawatan Kerja ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi meninjau pelaksanaan produk baitulmal iaitu hibah, wasiat serta projek-projek pembangunan Baitulmal MAIS.

Sebelum bertolak ke MAIS, ahli rombongan kakitangan MAIK berkesempatan solat zohor secara berjemaah di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor. Seterusnya, ahli rombongan bertolak ke Majlis Agama Islam Selangor yang terletak di Seksyen 5, Shah Alam Selangor. Ahli rombongan lawatan ini terdiri daripada Yang Amat Berusaha Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Haji Nik Mohd Azlan Bin Abdul Hadi, Yang Berusaha Setiausaha MAIK, Encik Rusydee Bin Abdullah, serta pegawai-pegawai MAIK. Pihak MAIS telah menyambut baik lawatan ini yang diwakili oleh Yang Berusaha Pengarah Baitulmal MAIS, Puan Norraini Binti Nordin, Yang Berusaha Pengarah Tanah, Encik Shukri Bin Ishak, Yang Berusaha Pengurus Harta Baitulmal, Alfadhil Ustaz Indera Shahril Bin Mohd Shahid dan kakitangan MAIS yang lain.

Perbincangan bersama MAIS dan MAIK dalam Bilik Mesyuarat Al-Mukarramah Menara Utara Bangunan Sultan Idris Shah telah mengupas pelbagai isu berkaitan perkembangan produk-produk baitulmal terutama Wasiat, Hibah, Wang Tidak Patuh Shariah, Wang Tidak dituntut, Sedekah dan projek-projek pembangunan Baitulmal. Perkongsian idea dan pandangan kedua-dua pihak telah membuka peluang dan ruang untuk membantu masyarakat dengan lebih meluas menggunakan Dana Baitulmal dan tidak hanya tertumpu kepada wang agihan zakat semata-mata.

Diharap menerusi lawatan ini, MAIK dan MAIS dapat menjalinkan ukuwah dan kerjasama yang erat seterusnya membawa MAIK kearah yang lebih dinamik, progresif dan inovatif terutama di dalam pembangunan baitulmal.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

flickr
www.flickr.com

 

 

Tags: ,

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:    

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini419
Kelmarin1693
Minggu Ini419
Bulan Ini42337
Keseluruhan336652

X