• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK JOHAN AISAK TAHUN 2017 BAGI PORTAL RASMI MAIK

31 Oktober 2017 (Selasa) - Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah dianugerahkan sebagai Johan dalam Penyertaan Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Kelantan Kategori Inovasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi yang melibatkan semua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Kelantan yang berlangsung di Majlis Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim.

MAIK juga dijemput untuk mengadakan persembahan inovasi dan pameran inovasi yang bertajuk “Sistem e-zakat Payment” sebagaimana tajuk pembentangan hasil kerjasama Unit Teknologi Maklumat, Unit Pengurusan AM dan Unit Pungutan Zakat MAIK pada 27 September 2017 yang lalu di Bilik Gerakan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim. Sistem yang dipertandingkan juga telah memberi impak yang sangat baik kepada prestasi kutipan zakat secara Online dan Mobile Apps.

 MAIK juga turut menerima Piala Pusingan dan Sijil Penghargaan Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Kelantan (AISAK) Kategori Inovasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi. Anugerah tersebut disampaikan oleh YB Dato’ Haji Faudzi Haji Che Mamat, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan kepada YBrs. Dr. Haji Nik Mohd Azlan Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

 Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Kelantan 2017 (AISAK) adalah usaha pembudayaan inovasi tertinggi bagi sektor awam di negeri Kelantan. Ia bertujuan untuk memberi pengiktirafan terhadap inovasi yang dihasilkan oleh jabatan/agensi kerajaan negeri Kelantan bagi membudayakan inovasi dalam sektor awam negara ini.

Disediakan Oleh : Nik Nor Azimah Binti Che Yaakub

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:    

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini842
Kelmarin1667
Minggu Ini8713
Bulan Ini26445
Keseluruhan569244

X