• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN BANTU KANAK-KANAK PESAKIT HATI KRONIK

Encik Normazhardi bin Mat Nor, bekerja sebagai buruh dengan pendapatan RM45.00 sehari. Beliau menyara isteri dan dua orang anak yang berumur 4 tahun dan 1 tahun 7 bulan. Anak beliau yang berumur 1 tahun 7 bulan merupakan mengidap penyakit hati kronik dan memerlukan  rawatan pemindahan hati di Negeri China dengan kos RM260,000.00. Pihak NGO telah membantu mengumpul dana  untuk rawatan tersebut. Kes ini mendapat liputan akhbar Harian Metro bertarikh 10 Disember, 2017 dengan tajuk “PERLU RM105,000.00 PINDAH HATI NUR MEDINA ”.  

 

 

Pihak MAIK yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Encik Normazhardi bin Mat Nor untuk perbelanjaan lampin pakai buang serta rawatan susulan Adik Nur Medina. MAIK juga akan membiayai pembelian susu khas untuk Adik Nur Medina yang  akan diuruskan pembeliannya oleh pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini

Disediakan Oleh : Shamun Binti Daud

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini570
Kelmarin1188
Minggu Ini3530
Bulan Ini39717
Keseluruhan674345

X